fb fb fb fb fb

11 daerah masih terjejas banjir pagi ini

FOTO FB Polis Daerah Tumpat

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir pagi ini kekal 9,777 orang daripada 3,004 keluarga yang masih berlindung di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding data rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), tengah malam tadi.

Menerusi Portal Bencana NADMA, 11 daerah di empat negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor masih dilanda banjir, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Paling tinggi direkodkan di Kelantan dengan 9,387 penduduk daripada 2,903 keluarga di 27 PPS melibatkan empat daerah.

Ia diikuti Pahang iaitu seramai 218 orang darupada 53 keluarga yang ditempatkan di enam PPS bagi empat daerah terjejas banjir.

Sementara itu, Terengganu mencattakan 118 penduduk daripada 34 keluarga di dua daerah melibatkan pembukaan tiga PPS, manakala Johor, 54 penduduk daripada 14 keluarga ditempatkan di dua PPS dekat satu PPS.

Pada masa sama, tiga kematian direkodkan bagi banjir kali ini di Kelantan dengan dua kematian dicatatkan di jajahan Pasir Mas pada 24 dan 26 Disember lalu, serta satu kematian di Kota Bharu pada 26 November lepas.

SITI AISHAH BINTI MD ISA