fb fb fb fb fb

11 barangan disenarai dalam SHMMP Tahun Baharu Cina

Sebanyak 11 jenis barangan disenarai bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena Tahun Baharu Cina.

PAPAR, 2 Februari- Sebanyak 11 jenis barangan disenarai bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena Tahun Baharu Cina.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia akan berkuat kuasa mulai 6 hingga 14 Februari ini.

"Melalui perbincangan kita dengan pihak Kementerian Pertanian, maklum balas daripada kementerian itu bahawa 'supply' (bekalan) barang-barang keperluan rakyat yang khususnya yang 'demand' (permintaan) tinggi sepanjang perayaan ini mencukupi.

"Kita akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pertanian untuk memastikan barangan mencukupi dan sebenarnya kementerian itu telah membuat perancangan awal," katanya dalam sidang media di sini.

Tegasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah SHMMP menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM