fb fb fb fb fb

11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A

Azman Adnan

PUTRAJAYA, 27 Mei- Seramai 11,713 calon SPM 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding berbanding 10,109 calon pada SPM 2022, kata Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan.

Pencapaian calon SPM bagi tahun 2023 di seluruh negara adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, dengan Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan ialah 4.60 mata.

GPN itu mencatatkan perbezaan sebanyak 0.14 mata, berbanding nilai 4.74 mata pada tahun 2022.

"Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik dalam kesemua mata pelajaran yang diuji," katanya dalam Sidang Media Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun
2023 di sini.

Sebanyak 66 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 25 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan 4 mata pelajaran menunjukkan prestasi tidak berubah.

Untuk rekod, seramai 395,870 calon yang telah mendaftar bagi menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) juga memaklumkan, semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888 atau boleh hadir sendiri ke sekolah masing-masing bagi mendapatkan keputusan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI