fb fb fb fb fb

102 saman dikeluarkan menerusi Op Motosikal di Perlis

245 individu berusia antara 14 hingga 28 tahun ditahan menerusi Op Motosikal di Kuala Perlis

KUALA PERLIS, 26 Disember- Op Motosikal di persisiran Kuala Perlis mengeluarkan 102 saman atas pelbagai kesalahan dan menahan 245 individu berusia antara 14 hingga 28 tahun dalam operasi bermula pukul 9.00 malam hingga 2.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop dalam kenyataannya berkata, antara saman yang dikeluarkan termasuk 21 kes melibatkan tiada cermin sisi, tiada lesen memandu (16) dan tiada nombor pendaftaran (14).

"Seramai empat remaja berusia 17 hingga 19 tahun terdiri daripada petani, peniaga dan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) turut ditahan untuk siasatan lanjut.

"Mereka ditahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana berlumba dan membahayakan pengguna jalan raya lain," kata Yusharifuddin.

Pihak polis turut menyita sembilan buah motosikal atas kesalahan bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI