fb fb fb fb fb

100 petugas stesen penyiaran terlibat perbarisan Hari Kebangsaan

Seramai 100 peserta daripada kontinjen stesen penyiaran bakal terlibat dalam perbarisan sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Seramai 100 peserta daripada kontinjen stesen penyiaran bakal terlibat dalam perbarisan sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Rosnan Nordin, antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Media Prima dan Astro.

"Kali ini kita nak gambarkan adalah tentang jiwa muda, jiwa merdeka. Jiwa merdeka ini datang daripada suara rakyat, bagaimana suara rakyat mahu diluahkan itu kita buat kebersamaan..ertinya dalam hal ini dalam perbarisan semuanya mempunyai kebersamaan.. dia bukan letak pada 'racist', asing-asing ataupun letak kepada bangsa asing, tidak.

"Semuanya datang dengan satu bangsa iaitu mereka datang dengan semangat jiwa merdeka," katanya selepas latihan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Merdeka di sini.

Tambah beliau, jumlah keseluruhan peserta yang akan terlibat adalah seramai 17,000 orang.

Bertemakan "Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka", sambutan Hari Kebangsaan 2024 bakal berlangsung pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM