100 bakal pesara ATM sertai TVET

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 17 Mac – Seramai 100 bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka diserap dalam sektor logistik menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan jurucakap Kerajaan Perpaduan, memberi kenyataan itu.
  • Beliau berkata kepada media melalui sidang akhbar mingguan di Putrajaya.
  • Jemaah Menteri meneliti hasil mesyuarat Majlis TVET yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Jumlah peserta program TVET meningkat 500 peratus; Sambutan Hari TVET Negara 2026 pada 5-7 Jun di Dataran Putrajaya.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata, menerusi pengukuhan program itu, bakal pesara dijangka menerima tawaran gaji hingga RM5,000 sebulan.

“Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai pelaksanaan pengukuhan program TVET melibatkan bakal pesara ATM yang mana 100 individu akan diserap ke sektor logistik dengan tawaran gaji sehingga RM5,000”

Beliau berkata kepada media menerusi sidang akhbar mingguan di Putrajaya.

Menurutnya, Jemaah Menteri turut meneliti hasil mesyuarat Majlis TVET yang dipengerusikan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara pencapaian membanggakan, jumlah peserta bagi program TVET di seluruh negara telah meningkat 500 peratus berbanding sebelum ini.

Sambutan Hari TVET Negara 2026 juga akan diadakan pada 5 hingga 7 Jun tahun ini bertempat di Dataran Putrajaya.