fb fb fb fb fb

100,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan menerusi JSSEZ

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 22 April - Kerajaan Johor bakal mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi dalam pelbagai bidang melalui pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ).

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembinaan itu bakal mengubah landskap Johor dan dijangka dapat menarik minat pelabur asing serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

"Kami akan mewujudkan 100,000 peluang kerjaya dan pekerjaan bergaji tinggi dalam pelbagai bidang untuk anda semua di sini. Perkara ini akan memberi anda kewangan yang stabil dan merealisasikan impian anda," kata Onn Hafiz kepada pemberita dalam Majlis Pelancaran Modul Karakter Murid Johor (KrMJ) sempena Konvensyen Johor International Students Leaders Conference (JISLC) 2024, di sini.
 
Beliau berharap peluang itu dapat dinikmati semua pihak khususnya anak Jati Johor, sekali gus mampu membina negeri itu ke arah lebih baik pada masa akan datang.
 
Johor sebelum ini merancang untuk melaksanakan JSSEZ dan perjanjian antara dua negara itu dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini dengan menjadikan Shen Zhen-Hong Kong, China sebagai lokasi contoh pelaksanaan itu.
 
Onn Hafiz turut mengaitkan kejayaan Johor meraih RM113.7 sepanjang dua tahun dan mencipta 35,000 peluang pekerjaan seterusnya pelaksanaan JSSEZ akan memperkukuhkan lagi ekonomi negeri tersebut.
 

TETITIA YUSOFF