fb fb fb fb fb

10 PPS masih aktif di Sabah dan Sarawak

Foto Fail/ BERNAMA

PETALING JAYA, 12 Februari- Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif di Sabah dan Sarawak bagi menempatkan penduduk terjejas banjir dan tanah runtuh.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan penduduk terjejas yang berlindung di PPS seramai 638 orang, setakat 8.00 malam.

Penduduk terjejas banjir di Sarawak adalah seramai 262 orang daripada 81 keluarga dan sehingga kini, hanya lima PPS masih aktif di Sarawak yang melibatkan tiga daerah iaitu Beluru, Mukah dan Sibu.

Manaka di Sabah, penduduk terjejas banjir adalah seramai 206 daripada 55 keluarga. Penduduk terjejas ditempatkan di dua PPS iaitu di Kinabatangan dan Beaufort.

Sementara itu, seramai 170 penduduk terjejas akibat kejadian tanah runtuh berlindung di dua PPS di Miri, Sarawak.

ROSLINA BINTI DIN