fb fb fb fb fb

10 elemen jejaskan perpaduan negara - Kajian IPNas

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy/RTM

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Pengaruh media sosial dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10 elemen yang boleh menjejaskan keharmonian sosial dan perpaduan negara.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy, berkata menurut Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas), sembilan lagi elemen yang dikenal pasti ialah etnik, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik serta jurang bandar dan luar bandar.

“Walaupun Kementerian Perpaduan tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan secara langsung, kementerian ini tetap memainkan peranan penting melalui pendekatan reformasi, iaitu menerusi intervensi, mediasi dan kesedaran bagi menangani isu sensitif berkaitan agama, kaum dan kenyataan berbaur kebencian,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, pelaksanaan IPNas membolehkan kementerian mengukur tahap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus membantu kerajaan mengenal pasti dan melaksanakan program intervensi yang bersesuaian bagi menangani isu berkaitan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi, mengenai langkah kementerian memastikan keharmonian antara kaum kekal terpelihara.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI