fb fb fb fb fb

10,000 pengunjung pertama Rumah Terbuka di Jonker Walk akan terima kupon RM15

Ngwe Hee Sem (dua kanan)

JONKER WALK, 19 Februari- Sejumlah 10,000 pengunjung pertama sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri Melaka yang dianjurkan di Jonker Walk pada Khamis ini akan menerima kupon bernilai RM15.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pengunjung boleh menggunakan kupon berkenaan bagi tujuan membeli kraftangan atau makanan di gerai-gerai di Jonker Walk.

"10,000 pengunjung pertama kita akan imbas QR kod, lepas itu kita akan bagi baucer (kupon) RM15 untuk setiap pengunjung termasuk pelancong.

"Baucer itu bukan hanya boleh tukar untuk makanan dan minuman, (tetapi) boleh beli apa-apa barang seperti cenderahati di sepanjang Jonker Walk," katanya kepada pemberita di sini.

Majlis Rumah Terbuka bertemakan “Malaysia Madani Harmoni” itu akan bermula pukul 7.30 malam.

Sehubungan itu, penutupan jalan di Jonker Walk akan berkuatkuasa selama empat hari bermuka Khamis hingga Ahad ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA