KUALA LUMPUR, 30 Mac - Sejumlah 1,810 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara pada 28 Mac lepas.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi hantaran di Facebook berkata, angka itu membabitkan 11 kematian.
"Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi," katanya.
Pada 15 Mac lalu, pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya akan menyiarkan statistik kemalangan jalan raya dan kematian secara 'real time' dengan mengambil data yang berlaku pada hari sebelumnya.
Penyiaran data statistik kepada umum tersebut sebagai langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai betapa seriusnya kes kemalangan setiap hari.