SHAH ALAM, 11 Mac- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyasarkan untuk memperkasa 1.4 juta wanita Malaysia yang bekerja menerusi Program Jelajah Wanita MyWira 2025.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata bagi mencapai sasaran itu, kementerian dalam usaha untuk mendekati wanita berusia antara 20 hingga 44 tahun bagi menyertai sektor pekerjaan.
Selain itu beberapa insentif ditawarkan kepada syarikat yang membuka peluang pekerjaan kepada golongan wanita seperti potongan cukai.
"Ini termasuk program jelajah yang kita lakukan outreach program program latihan bengkel dan sebagainya. Jadi ini adalah kesinambungan dan kita akan memperluaskan lagi capaian.
"Jadi itulah sebabnya kita mengambil keputusan untuk mulakan di Selangor dan bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada emberita selepas menghadiri Konvensyen Wanita MyWira 2025 di sini.