Sidang Kemuncak The Future Of Energy Security merumuskan bahawa usaha peralihan Tenaga Boleh Baharu (RE) perlu dilaksana secara berterusan.
Walaupun negara dunia terbahagi kepada blok-blok berdasarkan faktor geografi dan politik, namun usaha menjana RE dan memastikan penggunaan Tenaga Bersih menjadi keutamaan, sekali gus memastikan keselamatan dan keterjaminan bekalan tenaga dunia.
Ikuti laporan yang disediakan Noraianti Nordin yang mengikuti Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ke Sidang Kemuncak The Future Of Energy Security di London.