Malaysia terus memperteguh peranannya sebagai kuasa diplomatik sederhana dan hab ekonomi serantau menerusi pemeteraian perjanjian strategik serta pertemuan dua hala berprofil tinggi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Langkah itu bukan sekadar menzahirkan komitmen teguh terhadap perpaduan ASEAN, tetapi mengukuhkan posisi Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap ekonomi global yang semakin kompetitif dan mencabar.
Ikuti laporan disediakan wartawan, Siti Aishah Che Pi.