Dengan kedudukan Lusong laku yang jauh di pedalaman, ditambah akses serta logistik yang mencabar, pastinya agak sukar untuk komuniti penan memasarkan hasil kraf mereka.
Menyedari hal itu, Kraftangan Malaysia turun padang untuk membantu, membawa keluar produk anyaman rotan yang mempunyai permintaan tinggi daripada peminat kraf tempatan mahupun luar negara.
Ikuti siri kedua laporan khas Produk Kraf Anyaman Rotan Etnik Penan Lusong Laku bersama wartawan, Firdaus Arasy Idris.