Pelbagai inisiatif diusahakan kerajaan Johor bagi mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030, termasuk program Johor Bersih.
Bagaimanapun ia mungkin sukar dicapai andai ada pihak tidak bertanggungjawab melonggok sampah di tapak pembuangan tidak diwartakan.
Wartawan Annaz Md Nor membongkar aktiviti tidak bermoral itu dan usaha bagi menghentikan kegiatan tersebut.