
KUALA LUMPUR, 17 Feb– Zamri Vinoth, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam menerusi media sosial.
- Kenyataan didakwa dibuat pada 3 Februari 2026 sekitar 12.22 tengah hari melalui akaun Facebook bernama "Zamri Vinoth".
- Kenyataan itu dilihat seorang individu di sebuah restoran Jalan Tunku Abdul Rahman, didakwa boleh menimbulkan kegentaran awam dan mendorong kesalahan.
- Pertuduhan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kenyataan menyebabkan ketakutan awam.
- Mahkamah membenarkan ikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin, Firdaus Wong, yang telah membayar wang ikat jamin.
Zamri tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.10 pagi tadi, dan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Datuk Mohd Nordin Ismail, Izzat Amir Idham dan Nur Farhana Mohamad Poad.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa membuat kenyataan tersebut pada 3 Februari 2026, sekitar pukul 12.22 tengah hari, melalui akaun Facebooknya menggunakan nama “Zamri Vinoth”.
Kenyataan itu dilihat oleh seorang individu di sebuah restoran di Jalan Tunku Abdul Rahman, dan didakwa berpotensi menimbulkan kegentaran awam serta mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
Kesalahan itu diklasifikasikan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan boleh menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.
Mahkamah membenarkan Zamri diikat jamin sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia, Firdaus Wong tampil sebagai penjamin dan telah membayar wang ikat jamin tertuduh.
Zamri diwakili peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, dan sebarang sabitan kesalahan akan dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.