Wanita rugi lebih RM200,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud

FOTO BERNAMA

KULAI, 15 Februari – Seorang wanita berumur 45 tahun, kerugian RM219,320, selepas diperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wanita berumur 45 tahun diperdaya sindiket pelaburan saham palsu menyebabkan kerugian RM219,320.
  • Sindiket menjanjikan pulangan sehingga 20 peratus dalam 24 jam untuk menjerat mangsa.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas akaun pelaburan disekat.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, mangsa bekerja sebagai pengaturcara sistem, ditawarkan keuntungan sehingga 20 peratus dalam tempoh 24 jam.

“Mangsa kemudian melakukan sembilan transaksi wang ke tiga akaun bank, bermula 9 Disember 2025 hingga 12 Februari lalu.

“Semakan pada akaun pelaburan terlibat mendapati mangsa menerima keuntunga RM336,544, namun akaun tersebut disekat ketika mangsa hendak mengeluarkan wang,” katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.