Suspek kes kematian remaja wanita ditikam 61 kali, didakwa hari ini

Seorang suspek remaja akan didakwa hari ini, manakala seorang lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis. Foto arkib BERNAMA

KOTA BHARU, 12 Mei – Seorang suspek berhubung kes penemuan mayat penuntut kolej dengan 61 kesan tikaman di Ketereh akan didakwa hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat penuntut kolej ditemui di tepi jalan berhampiran sawah Kampung Simah, dipercayai dibunuh di lokasi lain.
  • Mayat ditemui tanpa dokumen pengenalan; identiti dikenal pasti menerusi semakan cap jari JPN.
  • Empat suspek berumur 19 hingga 66 tahun ditahan; dua warga emas termasuk seorang wanita dibebaskan selepas tiga hari direman.
  • Majistret mengeluarkan perintah sambungan reman sehingga Khamis terhadap kedua-dua suspek berusia 19 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan, seorang suspek remaja lelaki akan didakwa di mahkamah hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara, seorang lagi suspek remaja yang sebelum ini turut direman dibebaskan dengan jaminan polis.

Jumaat lalu, perintah sambungan reman sehingga Khamis dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret terhadap kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu, selepas reman tujuh hari sebelum itu tamat.

Dalam kejadian pada 1 Mei, mayat mangsa penuntut kolej ditemukan ditinggalkan di jalan berhampiran kawasan sawah Kampung Simah, selepas dipercayai dibunuh di lokasi lain.

Mayat remaja wanita itu ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, kemudiannya identiti berjaya dikenal pasti menerusi semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Susulan kejadian itu, empat suspek berusia 19 hingga 66 tahun ditahan bagi membantu siasatan, namun dua warga emas termasuk seorang wanita telah dibebaskan selepas tiga hari direman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.