Seorang lagi ahli “Geng Captain Praba” diekstradisi dari Thailand

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membawa pulang seorang lagi suspek ahli kumpulan jenayah terancang, “Geng Captain Praba” dari Thailand menerusi Operasi Jack Sparrow hasil kerjasama dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • PDRM membawa pulang seorang lagi suspek "Geng Captain Praba" dari Thailand melalui Operasi Jack Sparrow.
  • Jumlah tangkapan kini 17 orang termasuk tiga yang dibawa pulang dari Mumbai, India.
  • Siasatan berterusan untuk mengesan kira-kira 15 suspek masih bebas; PDRM akan kemas kini perkembangan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu tiba di Malaysia pada Sabtu (malam tadi) kira-kira pukul 10.30 malam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi tujuan permohonan reman.

Menurut beliau, sebelum ini PDRM turut membawa pulang tiga individu dari Mumbai, India yang dipercayai terlibat dalam operasi sama, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini seramai 17 orang.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan siasatan masih diteruskan bagi mengesan kira-kira 15 lagi suspek yang dipercayai masih bebas.

“Setakat ini maklumat yang kita ada lebih kurang dalam 15 lagi kita dah tangkap 17 dan baru-baru ini ada yang berkaitanlah daripada india 3 orang yang masih bebas dan kita masih dalam proses mengesan mereka,” katanya.

Beliau menegaskan, PDRM akan terus memaklumkan perkembangan Operasi Jack Sparrow dari semasa ke semasa.

“Geng Captain Praba” mula menjadi tumpuan selepas terlibat dalam beberapa siri rompakan berprofil tinggi dengan modus operandi sering membabitkan penggunaan senjata api dan bertindak agresif terhadap mangsa serta pasukan keselamatan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan