
IPOH, 12 Jun – Seorang individu ditahan manakala, 36 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu berkaitan penemuan pendaki, Jaslinda Saludin di media sosial.
- Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan lanjut.
- Kesemua 36 individu dirakam keterangan termasuk suami mangsa dan Tok Batin berkenaan.
- Ketua Polis menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat tidak sahih.
- Suspek ditahan di kediamannya di Ipoh selepas 11 laporan polis; sebelum ini tular kerana dakwaan palsu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin memaklumkan, suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu direman empat hari bagi membantu siasatan lanjut.
“Kesemua 36 individu telah dirakam keterangan masing-masing termasuk suami mangsa dan Tok Batin berkenaan,”katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.
Terdahulu, suspek ditahan di kediamannya di Ipoh, semalam susulan 11 laporan polis diterima.
Individu itu sebelum ini tular di media sosial selepas didakwa membuat kenyataan tidak sahih berkaitan kes kehilangan Jaslinda, yang mencetuskan kekeliruan awam.