Remaja lemas di air terjun

Foto Ihsan JBPM

TANGKAK, 2 April – Seorang remaja lelaki lemas di Kolam Air Terjun Asahan, di sini semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa adalah pelajar tingkatan tiga dipercayai terjatuh ketika bermandi-manda bersama dua rakannya.
  • Orang awam menemui mangsa dan cuba menyelamatkan sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematian di lokasi.
  • Mayat dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib memaklumkan, pelajar tingkatan tiga itu dipercayai terjatuh ketika bermandi-manda bersama dua rakannya.

“Mangsa ditemukan lemas oleh orang awam yang cuba menyelamatkannya selepas terjatuh. Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” jelasnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.