
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Satu sindiket pengedaran dadah tumpas, dalam dua serbuan berasingan sekitar ibu negara melibatkan rampasan dengan anggaran 3.4 tan dadah yang bernilai RM170 juta.
- Dua individu tempatan, dipercayai anggota sindiket dan transporter, ditahan.
- Suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan sejak Disember tahun lepas.
- Sindiket menyewa lori bawa bekalan dari utara Semenanjung ke Lembah Klang; bekalan disimpan dalam rumah sewa.
- Ribuan bungkusan disyaki methamphetamine dan pil ekstasi dirampas; kes disiasat di bawah Seksyen 39B, kedua suspek direman 14 hari.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan mendedahkan, dua individu tempatan yang merupakan ahli sindiket bertindak sebagai transporter ditahan.
“Suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak Disember tahun lepas.
“Modus operandi sindiket dengan menyewa lori bagi membawa bekalan dadah dari utara Semenanjung ke sekitar Lembah Klang. Bekalan dadah berkenaan disimpan dalam rumah sewa.
“Hasil pemeriksaan lanjut, ribuan bungkusan dadah disyaki jenis methamphetamine serta pil ekstasi dengan anggaran berat lebih 3.4 tan, dirampas,”katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini.
Kedua-dua suspek kini direman 14 hari sehingga 16 Mac ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.