TELUK INTAN, 20 September – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah sekitar Manjung selepas insiden tembakan di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Behrang, tengah hari tadi.
- Suspek 45 tahun ditahan selepas kenderaannya ditembak pada bahagian tayar ketika memandu melawan arus.
- Polis dari IPD Tapah mengesan dan mengejar kenderaan suspek sehingga ke R&R Behrang.
- Pemeriksaan menemui barangan digunakan untuk pecah rumah termasuk jaket polis dan peralatan khas.
- Dua lagi kenderaan dikesan dipercayai berkaitan dengan suspek.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan suspek berusia 45 tahun itu ditahan selepas memandu secara melawan arus sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya ditembak pada bahagian tayar.
Beliau berkata, suspek memandu dari arah Manjung menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dipercayai menghala ke selatan.
“Polis telah memaklumkan kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan dan pasukan rondaan cegah jenayah dari IPD Tapah berjaya mengesan kenderaan suspek. Susulan itu, berlaku aksi mengejar sehingga ke R&R Behrang.
“Hasil pemeriksaan, kita menemui pelbagai barang yang digunakan untuk kegiatan pecah rumah termasuk jaket polis serta beberapa peralatan khas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Ter…paling Pahlawan Challenge 2025 di Padang Speedy, di sini.
Dalam pada itu, polis turut mengesan dua lagi kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek berkenaan.