Peniaga rugi RM610,000 tertipu pelaburan tidak wujud

Foto fail

MUAR, 29 April -Akibat terperdaya dengan pulangan lumayan, seorang peniaga kerugian RM610,000 dalam pelaburan tidak wujud

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook dan menghubungi suspek melalui WhatsApp.
  • Suspek menawarkan pulangan tinggi sehingga 750 peratus, lalu mangsa membuat transaksi ke beberapa akaun bank.
  • Mangsa diberitahu urusan diuruskan penuh oleh broker dan kemudian diminta membayar tambahan untuk keluarkan keuntungan.
  • Polis menasihatkan orang awam berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan luar biasa.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan tersebut di laman Facebook sebelum berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata sebaik ditawarkan pulangan tinggi sehingga 750 peratus mangsa membuat transaksi ke beberapa akaun bank berbeza bermula 1 April lepas dan diberitahu bahawa urusan pelaburan diuruskan sepenuhnya oleh broker.

“Mangsa berusia 49 tahun hanya menyedari ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan pelaburan yang diperoleh. Dia kemudian membuat laporan semalam bagi tuntutan insurans kerugian yang dialami.

“Justeru polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan luar biasa,” katanya dalam kenyataan.