
BATU PAHAT, 10 Februari – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Yong Peng, Batu Pahat, Johor atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, Januari lalu.
- Pendakwaan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh teman wanita, bermula dari kejadian antara 26 dan 27 Januari.
- Tertuduh, 44 tahun, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan; tidak diwakili peguam semasa prosiding.
- Tiada jaminan diberi; sebutan semula 27 April untuk laporan bedah siasat, DNA, forensik CCTV dan laporan perubatan.
- Suspek ditemui bersama mayat mangsa di kediaman; suspek juga mengalami kecederaan parah pada leher.
Tertuduh, Lim Chee Seong, 44 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.
Tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Lim Bee Lan, 41 tahun di Taman Damai, Batu Pahat, antara 26 dan 27 Januari lepas.
Pendakwaan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 40 tahun serta sebatan hingga 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebutan semula 27 April bagi serahan laporan bedah siasat, DNA, forensik rakaman CCTV, laporan perubatan suspek.
Tiada jaminan dibenarkan.
Dalam kejadian tersebut, suspek ditemui bersama mayat mangsa di kediaman tersebut, selepas mangsa dilaporkan gagal dihubungi.
Suspek juga parah akibat kesan kelar di leher.