
GEORGE TOWN, 11 Mac – Seorang pembantu kewangan sebuah syarikat mengaku bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, hari ini atas empat pertuduhan melakukan
pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM677,000.
- Tertuduh Lee Lay Peng, 47, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon dan Hakim Juraidah Abbas.
- Tiga pertuduhan melibatkan pecah amanah sebanyak RM457,000 antara Jun 2017 hingga Disember 2019 di Bold Integrated Services, Jelutong.
- Satu pertuduhan lagi melibatkan RM219,000 antara Januari hingga April 2020 di syarikat yang sama.
- Mahkamah benarkan ikat jamin RM30,000 bagi tiga pertuduhan dan RM8,000 bagi satu; hukuman ditetapkan April.
Tertuduh, Lee Lay Peng, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon dan Hakim Juraidah Abbas.
Di Mahkamah Sesyen 2, tertuduh mengaku bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah berjumlah RM457,000 antara Jun 2017 hingga Disember 2019 di syarikat Bold Integrated Services Sdn Bhd di Jelutong.
Sementara di Mahkamah Sesyen 1, tertuduh turut mengaku bersalah atas satu lagi tuduhan pecah amanah berjumlah RM219,000 antara Januari hingga April 2020 di syarikat sama.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen 2 dan RM8,000 bagi satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen 1.
Mahkamah menetapkan 14 April untuk keputusan hukuman bagi tiga pertuduhan pertama, manakala 22 April bagi sebutan kes dan serahan dokumen untuk pertuduhan keempat.