Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves

Foto fail/RTM

KUALA LUMPUR, 3 Februari -Seorang pemandu lori cedera pada lengan kiri selepas ditetak dua individu tidak dikenali di Taman Sri Murni, Batu Caves, di sini Jumaat lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu lori berusia 28 tahun ditetak pada lengan kiri oleh dua lelaki tidak dikenali di Blok 58 Flat Taman Sri Murni.
  • Serangan berlaku sekitar jam 11 malam; suspek menaiki motosikal dan melarikan diri selepas menyerang menggunakan parang.
  • Mangsa tidak mengenali suspek, tiada rekod musuh atau hutang, kata teman wanita sebagai saksi.
  • Mangsa dirawat di Hospital Selayang; kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian pada 11 malam di sekitar Blok 58 Flat Taman Sri Murni itu, dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal menetak mangsa yang berusia 28 tahun pada bahagian lengan kiri sebanyak empat kali menggunakan parang.

Beliau berkata suspek yang bertopi keledar kemudian memecut motosikal dan melarikan diri

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek. Semasa kejadian, secara tiba-tiba suspek menghampiri mangsa dan terus keluarkan parang menetak lengan mangsa.

“Mangsa juga memaklumkan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tidak mengesyaki sesiapa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Sukarno berkata, menurut saksi kejadian, iaitu teman wanita mangsa yang turut berada di tempat insiden.

“Wajah suspek yang memakai topi keledar tidak dapat dilihat, selain itu, mangsa juga tiada hutang dengan sesiapa,” katanya.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.