
YAN, 26 Januari – Seorang pekerja kantin lelaki berusia 36 tahun cedera parah dipercayai disimbah bahan kimia dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Raya, Kampung Jeniang, awal pagi Jumaat lalu.
- Mangsa mengalami melecur kira-kira 11 peratus pada muka, leher dan dada serta sedang dirawat di hospital.
- Suspek utama, seorang pemandu berusia 36 tahun, ditahan dan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.
- Kejadian disyaki bermotif cemburu.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan; jika sabit, hukuman hingga 20 tahun penjara, denda atau sebatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada pukul 3.55 pagi memaklumkan mangsa, Abdul Fatah Abdul Rahman, disimbah asid oleh seorang lelaki dikenali sebagai Farid ketika berada di stesen minyak berkenaan.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan melecur kira-kira 11 peratus pada bahagian muka, leher dan dada, dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Susulan kejadian itu, polis menahan suspek utama, seorang pemandu berusia 36 tahun dibawa ke Mahkamah Yan hari ini bagi permohonan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau bahan berbahaya,
Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.