Nasib ibu bapa Zayn Rayyan diketahui hari ini

PETALING JAYA, 13 Jun- Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini menjadi tumpuan pengamal media untuk mendapatkan perkembangan terkini kes reman ibu bapa kepada Zayn Rayyan.

Pengamal media telah berkumpul di luar kompleks mahkamah seawal pada pukul 7.30 pagi untuk membuat liputan.

Nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman selama 13 hari bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak itu akan diketahui hari ini, sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis.

Kawalan di pintu masuk juga diperketat dan hanya individu yang mempunyai urusan rasmi sahaja dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemukan tidak bernyawa di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10.00 malam.

Mayat ditemukan oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemukan terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat yang menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

BERITA BERKAITAN:

 

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan