
KOTA BHARU, 10 Mac – Mayat seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Tendong, Pasir Mas, pagi tadi.
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.33 pagi dan bergegas ke lokasi.
- Anggota turun ke sungai menggunakan bot milik orang awam untuk mengeluarkan mangsa dan dibawa ke tebing.
- Mayat diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk pengesahan kematian dan kemudian kepada polis; operasi ditamatkan kira-kira pukul 12.11.
Mayat mangsa ditemukan orang awam sebelum pihak bomba dipanggil bagi menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari sungai berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Farid Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.33 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati mangsa masih dalam keadaan terapung di sungai tersebut.
Anggota kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dengan turun ke sungai menggunakan bot milik orang awam sebelum mayat berjaya dibawa ke tebing sungai.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk pengesahan kematian sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Operasi yang dijalankan oleh pihak bomba ditamatkan pada kira-kira pukul 12.11 tengah hari.