
GEORGETOWN, 14 Januari – Enam individu termasuk lima anggota polis didakwa menerima rasuah bernilai RM150,000 bagi melindungi kegiatan haram di Pulau Pinang antara tahun 2016 hingga 2021.
- Lima anggota polis dan seorang pesara didakwa menerima rasuah RM150,000 bagi melindungi kegiatan haram di Pulau Pinang.
- Suspek didakwa menerima bayaran bulanan RM500 hingga RM2,000 untuk tidak mengambil tindakan terhadap pusat hiburan, urut dan judi haram.
- Transaksi didakwa disembunyikan menerusi pengubahan wang menggunakan akaun pihak ketiga dan siasatan dijalankan bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga 18 Januari ini bagi membantu siasatan bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim terhadap empat pegawai berpangkat Asistan Superintenden, seorang Sarjan dan seorang pesara polis.
Kesemua tertuduh disyaki menerima bayaran bulanan antara RM500 hingga RM2,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pusat hiburan, pusat urut dan judi haram di sekitar negeri itu.
Modus operandi pengubahan wang haram itu dipercayai menggunakan akaun pihak ketiga bagi menyembunyikan transaksi dalam talian.