Kes bunuh Sri Aman : Autopsi mayat pasangan suami isteri dijadual hari ini

Dalam kejadian awal pagi Rabu, sepasang suami isteri ditemukan mati dengan kesan kecederaan parah pada badan di Jalan Brayun, Taman Mutiara, Sri Aman

KUCHING, 15 Januari – Proses bedah siasat terhadap mayat sepasang suami isteri yang ditemukan mati dengan kecederaan parah di Sri Aman akan dijalankan hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bedah siasat mayat pasangan suami isteri dijalankan hari ini di Hospital Umum Sarawak.
  • Mayat ditemukan dengan kecederaan parah di Jalan Brayun, Taman Mutiara, Sri Aman.
  • Tiada tangkapan dibuat setakat pagi ini berkaitan kes berkenaan.
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tujuan autopsi.

Menurut beliau, setakat pagi ini polis masih belum membuat sebarang tangkapan terhadap mana-mana individu berkaitan kes berkenaan.

Katanya, bedah siasat itu penting bagi membantu siasatan serta mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Datuk Mohamad Zainal berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM di Kuching.

Dalam kejadian awal pagi semalam, sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan kecederaan parah pada badan di Jalan Brayun, Taman Mutiara, Sri Aman.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 44 dan 45 tahun merupakan penjawat awam.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.