
SAMARAHAN, 3 April– Seorang juruteknik menara maut manakala seorang cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Penrissen, Kuching, awal pagi tadi.
- Kereta jenis sedan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke parit di hadapan Kem Askar Batu 8 pada kira-kira pukul 4.30 pagi.
- Penumpang Jerry Gabriel, 36, dilaporkan mati di tempat akibat kecederaan parah di kepala.
- Pemandu Jacky, 27, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak; kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Batu Kitang.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Barry William, dalam kejadian sekitar pukul 4.30 pagi itu, kereta jenis sedan yang dipandu mangsa Jacky Jawing Bangkong dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk parit di hadapan Kem Askar Batu 8.
“Rempuhan itu telah mengakibatkan penumpang Jerry Gabriel, 36, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala”
Manakala, pemandu, Jacky Jawing Bangkong, 27, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.
Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu Kitang.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.