Gempa bumi 5.1 magnitud berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun

Facebook: Malaysian Meteorological Department (METMalaysia)

KUALA LUMPUR, 13 September- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada 4.33 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Epikentrum pada koordinat 29.5 darjah Utara dan 130.6 darjah Timur.
  • Terletak kira-kira 231 kilometer selatan Kagoshima, Jepun.
  • Gempa berlaku pada kedalaman kira-kira 40 kilometer.
  • Penilaian awal METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 29.5 darjah Utara dan 130.6 darjah Timur, kira-kira 231 kilometer (km) selatan Kagoshima, Jepun.

Menurut Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN) METMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 40 km.

MetMalaysia dalam penilaian awalnya memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.