Ambil upah guna kereta persendirian, lelaki Pakistan ditahan

Pengarah JPJ Negeri Johor, Zulkarnain Yasin

JOHOR BAHRU, 19 Mac – Seorang lelaki warganegara Pakistan berusia 30 tahun ditahan bersama lapan warga asing lain oleh JPJ Negeri Johor di Johor Bahru semalam, selepas dipercayai melakukan sewa upah membawa warga asing menaiki kenderaan persendirian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bayaran RM80 setiap seorang dijadikan bukti suspek mengenakan caj untuk setiap perjalanan.
  • Penumpang terdiri daripada warga Rohingya dan Pakistan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Jaya.
  • Tindakan diambil mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana kenderaan persendirian tidak dibenarkan membawa penumpang berbayar.

Pengarah JPJ Negeri Johor, Zulkarnain Yasin berkata, lelaki berkenaan membawa lapan penumpang terdiri daripada 4 warganegara Rohingnya dan empat lagi Pakistan, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Jaya, Johor Bahru.

“Laporan awal yang diterima daripada seorang wanita mendapati bayaran telah dibuat, sekali gus menjadi bukti bahawa suspek mengenakan caj sebanyak RM80 bagi setiap perjalanan untuk seorang penumpang.

“Siasatan juga mendapati terdapat enam penumpang yang dibawa, menjadikan keseluruhan termasuk pemandu seramai tujuh individu, termasuk seorang kanak-kanak. Memandangkan kenderaan yang digunakan adalah persendirian, ia tidak dibenarkan membawa penumpang bagi tujuan berbayar, justeru kita mengesyaki berlaku pelanggaran undang-undang”, katanya.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Beliau ditemui semasa Sidang Media Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 di Plaza Tol Skudai (Arah Selatan), Johor Bahru.