20 PATI warga Filipina ditahan

Foto JIM Wilayah Persekutuan Labuan

LABUAN, 11 Februari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan kerana disyaki
melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen.

RINGKASAN BERITA AI
  • 20 warga Filipina ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen.
  • Tahanan berumur antara empat bulan hingga 59 tahun termasuk enam perempuan dan 11 kanak-kanak.
  • Operasi dijalankan di empat lokasi antara 12.30 pagi hingga 2.30 pagi melibatkan 22 pegawai.
  • JIM Labuan memberi amaran tindakan tegas terhadap majikan atau individu yang melindungi PATI.

Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai dalam kenyataan memaklumkan, operasi sekitar 12.30 malam hingga 2.30 pagi tadi melibatkan empat lokasi dengan kekuatan 22 pegawai.

“Kesemua ditahan berumur antara empat bulan hingga 59 tahun terdiri enam perempuan, tiga lelaki dewasa, tujuh kanak-kanak perempuan dan empat kanak-kanak lelaki.

“Dalam operasi itu, seramai 46 individu diperiksa dengan dua notis saman kepada saksi turut dikeluarkan. Kesemua yang ditahan dibawa ke JIM Labuan untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

JIM Labuan menegaskan, tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966,
Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang termasuk pihak yang menggaji dan melindungi PATI.