
KANGAR, 6 Mac – 136.5 kilogram dadah jenis kanabis berjaya dirampas selepas diseludup masuk ke Malaysia di pesisir pantai Ruat, Yan, Kedah, 22 Februari lalu.
- Rampasan dilakukan oleh anggota Cawangan Penguatkuasaan Marin JKDM Kuala Perlis selepas menerima maklumat mengenai bungkusan mencurigakan.
- Pemeriksaan menemui 79 ketulan mampat disyaki kanabis, anggaran berat 87.54 kilogram, nilai sekitar RM262,620.
- Turut ditemui 90 bungkusan plastik lut sinar mengandungi bunga kanabis kering, berat 48.964 kilogram, nilai dianggarkan RM3,917,120.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.
Rampasan dibuat sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan Marin (JKDM) Kuala Perlis, selepas menerima maklumat berhubung bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan di kawasan tersebut.
Pengarah Kastam Perlis, Ismail hashim berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat ketulan mampat dadah jenis ganja serta bunga ganja di dalam
bungkusan ditinggalkan dengan tanda yang berlainan.
“Pemeriksaan rapi terhadap kesemua bungkusan mendapati terdapat 79 ketulan mampat disyaki dadah jenis kanabis dengan anggaran berat 87.54 kilogram dan nilai sekitar RM262,620.
“Turut ditemukan 90 bungkusan plastik lut sinar kedap udara yang mengandungi tumbuhan kering disyaki bunga kanabis dengan berat 48.964 kilogram, dianggarkan bernilai RM3,917,120,’ katanya dalam sidang media di Jabatan Kastam Perlis.
Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, JKDM Perlis turut berjaya merampas dua buah motosikal berkuasa tinggi yang disyaki tidak bercukai dalam satu serbuan berasingan Febuari lalu.