fb fb fb fb fb

Wanita tempatan ditahan bersama-sama lebih 270 kilogram methamphetamine

Foto hiasan

NILAI, 22 Julai- Seorang wanita tempatan yang juga pelayan pelanggan (GRO) bersama-sama 273.7 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai lebih RM8.7 juta.

Wanita berkenaan dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Ribuan Abdullah berkata, suspek wanita yang berusia 35 tahun itu ditahan ketika sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bandar Puteri Puchong, Selangor pada 5 Julai lalu.
 
Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan 13 guni yang terdapat sebanyak 268 bungkusan yang berlabel teh herba Cina.

"Pemeriksaan ke atas bungkusan tersebut mendapati di dalamnya mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 273.7 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM8.7 juta.

"...berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh, ia dianggarkan seramai 1.3 juta orang dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah," katanya dalam sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan di sini.

Menurut Ribuan, siasatan awal mendapati sindiket itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang diperoleh dari negara jiran dan dibawa ke Lembah Klang melalui jalan darat dengan menyembunyikan dadah di dalam guni bagi mengaburi pihak berkuasa.

Kes disiasat bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta sebat tidak kurang 12 sebatan.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI