fb fb fb fb fb

Tiga premis perniagaan dikendalikan warga asing, disita

Antara barangan yang dirampas Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

SELAYANG, 15 Ogos- Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita tiga premis perniagaan yang dikendalikan warga asing menggunakan lesen milik warga tempatan.

Kegiatan itu terbongkar hasil risikan Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan MPS.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, pemeriksaan mendapati premis terbabit dikendali oleh warga Myanmar, Thailand dan Bangladesh yang merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

“Kita mendapati terdapatnya pihak-pihak berkaitan telah melaksanakan satu pusat hiburan tanpa kelulusan. Mereka berselindung di bawah, belakanh ataupun di tingkat atas premis perniagaan.

“Mereka beroperasi tanpa kelulusan dan telah membuat bilik-bilik khas sebagai pusat karaoke,” katanya kepada pemberita di sini.

Adi Faizal berkata, tindakan penguatkuasaan tersebut diambil mengikut Undang-Undang Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007 dan Undang-Undang Kecil Establishment Makanan (MPS) 2007. 

Pelbagai minuman keras, peralatan karaoke dan kamera litar tertutup (CCTV) turut dirampas dalam operasi itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI