KLUANG, 7 November - Tiga lelaki ditahan di sebuah restoran di Kluang, pada Khamis.
Mereka yang berusia antara 28 hingga 46 tahun dipercayai terlibat dalam kes samun berkawan tanpa senjata di Taman Delima, di sini, 3 November lalu.
Ketua Polis Daerah, ACP Bahrin Mohd Noh mengesahkan, telah menerima laporan berkaitan kejadian pada 4 November.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit disyaki milik mangsa.
Hasil semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik.
Ketiga-tiganya direman tujuh hari hingga 12 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Tiga lelaki ditahan terlibat kes samun
powered by social2s