DUNGUN, 23 September- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada laporan atau angka mengenai penglibatan warga KPT termasuk kakitangan atau mahasiswanya dengan GISB Holdings (GISBH) setakat ini.
Namun, Timbalan Menterinya, Datuk Ts. Mustapha Sakmud menyatakan bahawa kementerian tetap memantau dan bersedia untuk mengambil tindakan jika terdapat individu yang terlibat dengan kumpulan terbabit.
"Kita mempunyai banyak institusi, termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), politeknik, dan kolej komuniti, dengan ramai pelajar dan kakitangan. Oleh itu, kita akan sentiasa memantau mereka untuk memastikan tiada yang terlibat dengan isu ini," katanya.
Dalam masa sama, beliau berharap sekiranya terdapat individu dalam kalangan hampir satu juta warganya yang terlibat dengan GISBH agar mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan nasihat pihak berkuasa dan majlis agama.
Mustapha ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Hari Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Poly CC 2024 untuk Zon Kelantan, Terengganu, dan Pahang di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
BERITA BERKAITAN
- GISBH: KPM ambil alih aspek pendidikan kanak-kanak terjejas mulai 1 Oktober
- GISBH: Jabatan Mufti Negeri Selangor bersidang 30 September ini
- Premis milik GISBH di lima daerah di Johor diserbu- Exco
- 29 individu terkait GISBH ditahan reman
- Kedai GISBH di Terengganu banyak ditutup
- GISBH: Enam kitab berkaitan Al-Arqam dirampas JHEAIPP
- Polis serbu tiga rumah keluarga CEO GISBH di Kelantan
- Bekas anggota dedah doktrin ketaatan, pengabaian pendidikan GISBH
- CEO GISBH, isteri & anak bekas pemimpin Al-Arqam antara 19 ditahan