PETALING JAYA, 14 Okktober - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas disyaki menikam seorang pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama Petaling Jaya hari ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika kedua-dua pelajar itu dipercayai berada di luar kelas.
“Suspek telah ditahan, kes masih dalam siasatan, motif kejadian belum dapat dikenal pasti.
"Ketua Polis Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini,” katanya pada sidang media selepas Peluncuran Kempen Antibuli, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut dipercayai ditikam pelajar lelaki tingkatan 2 di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini hari ini.