fb fb fb fb fb

Suspek kes bakar, bunuh Kampung Paya Redan dipercayai masih berada di Johor

Suspek utama iaitu Azman Mohamed Nor, 48, kini sedang diburu polis

MUAR, 11 Ogos- Suspek utama kes rumah terbakar yang mengorbankan tiga sekeluarga, di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, kelmarin, dipercayai masih berada dalam negeri Johor.

Siasatan awal mendapati suspek, Azman Mohamed Nor, berumur 48 tahun, telah melarikan diri menaiki motosikal yang ditukar daripada warna putih, kepada warna merah.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan, suspek berada di daerah berdekatan.

Semalam, polis mengklasifikasikan semula kes kebakaran rumah tersebut, daripada mati mengejut, kepada kes jenayah, mengikut Seksyen 302, 436, 326, Kanun Keseksaan.

Tindakan diambil, kerana laporan bedah siasat keatas ketiga-tiga mangsa, serta siasatan di lokasi, menjumpai unsur jenayah.

Suspek, Azman Mohamed Nor, adalah anak kandung kepada pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE