fb fb fb fb fb

Sindiket penipuan pelaburan tumpas, sembilan warga China ditahan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, menunjukkan gambar-gambar pelaku penipuan pelaburan / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 24 September - Sebuah kondominium mewah di ibu negara yang disyaki menjadi markas pusat panggilan penipuan pelaburan dalam talian diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam serbuan itu, sembilan individu warganegara China termasuk lapan lelaki dan seorang wanita diberkas, dipercayai berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

"Sindiket yang beroperasi selama sebulan ini menawarkan pelaburan dalam produk pertanian seperti cili kering dan cendawan, dengan menjanjikan keuntungan harian 1 hingga 3 peratus. Mereka menggunakan laman web menyerupai e-dagang untuk menipu mangsa dari seluruh dunia," katanya pada sidang media mingguan JSJK di Ibu negara.

Tambah Ramli, sindiket ini boleh mengubah data akaun pelabur bagi menunjukkan keuntungan palsu, mempengaruhi mangsa menambah pelaburan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN