fb fb fb fb fb

Seleweng duit derma, pasangan suami isteri pempengaruh direman empat hari

Kesemua suspek diiringi pegawai SPRM ketika tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya untuk mendapatkan kebenaran reman

PUTRAJAYA, 11 Julai- Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang tular berhubung kes seleweng wang derma, direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman terhadap pasangan tersebut selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut direman bermula hari ini ialah dua lelaki yang merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar sebuah platform kutipan bantuan.

Mereka yang diiringi pegawai SPRM dibawa ke aras dua dengan berpakaian warna oren dan bergari pada jam 9.19 pagi dalam keadaan bergari.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki berusia 30 tahun dan isterinya, 26 ahli perniagaan tudung ditahan SPRM, pada jam 6.40 petang, Rabu.

Menurut sumber, penahanan tersebut berhubung siasatan kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan pasangan terbabit direman untuk siasatan lanjut.

Terdahulu tular di media sosial mengenai viral seorang pempengaruh mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai.

Mereka didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya warga maya .

Namun, kedua-duanya tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE