fb fb fb fb fb

Polis tahan tiga pelajar, seorang bekas pelajar disyaki merogol

PDRM

BALING, 16 Oktober- Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Ahmad Salimi Md Ali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada waris mangsa berusia 53 tahun pada 8.11 malam, Ahad lepas.

Pada 11.00 pagi hari yang sama, pengadu dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan rakaman bogel.

Susulan itu, polis menahan empat suspek bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati kesemua suspek melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan antara Mei hingga Ogos lepas di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah.

Kesemua suspek juga terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular dan polis telah merampas enam telefon bimbit milik mereka.

Permohonan reman terhadap empat suspek telah dibenarkan selama lima hari dari tarikh tangkapan pada 12 Oktober bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen rogol berkumpulan dan penghantaran pornografi kanak-kanak.

Ahmad Salimi menegaskan pihak polis memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai terutamanya ibu bapa dan penjaga untuk memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak khususnya dalam kalangan remaja.

SITI AISHAH BINTI MD ISA