fb fb fb fb fb

Polis sahkan belum terima laporan data MyKad dijual di 'dark web'

Hantaran di laman X yang mendakwa mendakwa data MyKad milik rakyat Malaysia bocor dan dijual melalui laman web tertutup, malah sampel MyKad didakwa telah dikongsi secara terbuka di laman web berkenaan

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman mengesahkan setakat ini tiada laporan polis diterima berkenaan dakwaan penjualan data kad pengenalan milik rakyat Malaysia di ‘darkweb’.

Dakwaan tersebut dibuat melalui hantaran di laman X yang melibatkan sebuah syarikat IT Singapura.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa hari ini memaklumkan hasil siasatan yang dilakukan oleh pihaknya tidak menemui sebarang laporan berkaitan isu yang dinyatakan.

“Pihak JSJK akan terus melakukan pemantauan bagi menentukan kesahihan maklumat itu. Siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bersama-sama agensi lain yang berkaitan sekiranya laporan polis berkenaan isu itu diterima kelak,” menurutnya dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya lagi, siasatan yang sewajarnya akan dilaksana bersama-sama agensi lain yang berkaitan sekiranya laporan polis berkenaan isu tersebut diterima kelak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE