fb fb fb fb fb

Kes langgar pelajar UiTM: 'Ada unsur jenayah' - Polis Terengganu

Norizan Ismail, 49, diiringi anggota polis trafik untuk dituduh di Mahkamah Majistret Dungun hari ini

KUALA TERENGGANU, 15 Oktober- Siasatan awal polis mendapati terdapat unsur jenayah berhubung kemalangan melibatkan empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd. Khairi Khairuddin menjelaskan, disebabkan itu, pemandu wanita berkenaan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh.

Jelas beliau, dakwaan terbabit dilakukan susulan mempertimbangkan situasi di lokasi kejadian termasuk perbuatan mengheret kesemua mangsa sejauh lebih 100 meter.

"Suspek mungkin berada dalam keadaan sedar, tidak memberhentikan kenderaan, sehingga mengheret mangsa melebihi 100 meter, yang menunjukkan wujudnya unsur bunuh.

"Justeru, Jabatan Peguam Negara berpendapat suspek harus dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Siasatan awal turut mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu dan tidak pernah disahkan mengalami masalah mental seperti didakwa.

Mohd. Khairi berkata, seramai 11 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut dan siasatan masih diteruskan.

Tertuduh, Norizan Ahmad, 49 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga penuntut UiTM Kampus Dungun dan cubaan membunuh seorang lagi mangsa.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA