fb fb fb fb fb

Pesara rugi lebih setengah juta, diperdaya 'scammer'

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 10 Januari- Seorang pesara syarikat swasta terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM540,047 selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian, November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa warga tempatan berumur 75 tahun itu dipercayai menerima panggilan menerusi aplikasi whatapps daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai polis mendakwa mangsa mempunyai rekod jenayah.  

Menurut beliau, mangsa membuat laporan polis berhubung perkara itu, semalam.

“Kerana bimbang dirinya akan ditangkap dan ditahan reman, mangsa bertindak mengikut arahan pemanggil tersebut untuk memindahkan sejumlah wang ke sebuah akaun milik mangsa sendiri sebelum meninggalkan kad ATM beserta nombor pin di satu lokasi diarahkan.

“Mangsa tidak berasa curiga pada awalnya, namun pada awal bulan ini, pengadu membuat semakan terhadap akaun itu dan mendapati kesemua yang berjumlah RM540,047 telah dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, mangsa yang kemudian menyedari telah ditipu akhirnya bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI